TAMPIL dengan filem terbaharu berjudul Zombitopia, pelakon terkenal Shahiezy Sam memberitahu naskhah tersebut boleh dikaitkan dengan situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia. Menurut Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, penonton juga boleh menganggap zombi dalam filem itu seperti virus Covid-19 yang membuatkan orang berasa takut untuk keluar rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam tinggal pesanan ‘deep’ untuk pelakon senior... kena jaga adab, - “Jangan ingat dia budak baharu kita nak tunjuk power” "Sekarang ini pun ramai yang rasa takut nak keluar, sebab Covid-19, pandemik dan sebagainya. Orang takut tambahan lagi virus itu kita tak nampak. Selain Sam, filem itu juga dibintangi oleh Bront Palarae. "Sebenarnya filem ini boleh dikaitkan dengan situasi yang sedang melanda di seluruh dunia. Tapi ia lebih menakutkan berbanding zombi yang kita jelas nampak. "Anggap sajalah zombi itu umpama virus, yang sentiasa mengejar dan membuatkan kita rasa takut. Macam mana nak pastikan yang kita tetap terus selamat dan berjaya atasi situasi itu," kata Sam kepada mStar. Sam berkongsi perkara itu ketika di sidang media secara virtual bagi mempromosikan filem Zombitopia yang akan bersiaran di saluran penstriman Disney + Hotstar bermula 2 Julai. Selain Sam, turut terlibat menjayakan filem aksi fiksyen ini ialah Datin Elvina Mohamad, Azman Hassan, Bront Palarae dan Sharifah Amani. Penceritaan zombi pula bukan semata-mata zombi. SHAHIEZY SAM PELAKON Sementara itu, suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini menganggap Zombitopia dekat dengan penonton memandangkan sebelum ini filem Zombi Kampung Pisang mendapat sambutan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Biarpun menggunakan konsep zombi yang sama namun Sam beranggapan filem lakonannya terbaharunya itu menampilkan penceritaan yang berbeza dan lebih serius. "Bagi saya naskhah berkaitan zombi ini dekat dengan orang kita. Iyalah, sebelum ini kita pernah disajikan dengan filem Zombi Kampung Pisang dan ia begitu popular kerana ada suntikan humor atau komedi. Elvina memegang watak separuh manusia dan separuh zombi. "Tetapi kalau nak cakap pasal filem zombi yang serius, belum ada lagi saya rasa daripada pengkarya tanah air kita. Penceritaan zombi pula bukan semata-mata zombi. "Biasanya ada elemen lain yang kita boleh tengok contohnya kekeluargaan, persahabatan dan kemanusiaan. Ia sebenarnya bukan boleh dikaitkan dengan orang kita sahaja, satu dunia pun boleh menerimanya," ujarnya. Dalam pada itu, Sam juga melahirkan rasa teruja untuk menerima respons orang ramai terhadap filem tersebut yang telah menjalani penggambaran sejak tahun 2016. Filem aksi arahan pengarah Woo Ming Jin ini membawa penonton merasai pengalaman sekiranya dunia ini dipenuhi dengan zombi. Ceritanya bermula pada 15 tahun yang lalu apabila sebuah virus telah menjangkiti manusia sehingga menukarkan mereka menjadi makhluk ganas. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!