MELAMPAU! Bukan sahaja poster dikritik tidak berkualiti, malah pelakon filem Rumah Madu Ku Berhantu iaitu aktres Rita Rudaini turut menjadi bahan cemuhan netizen dengan kata-kata negatif. Semuanya bermula selepas seorang pengkritik filem Muhammad Zhafran Zulkifly atau Zhaf melakukan provokasi dengan menyunting poster karya berkenaan. Zhaf memuatnaik video di Tiktok dan kemudiannya berkongsi bahan yang sama di Twitter menunjukkan proses suntingan pada tajuk filem itu daripada Rumah Madu Ku Berhantu kepada Madu Ku Anti-Vaksin. ARTIKEL BERKAITAN: Amin Idris minta Rita Rudaini tidak melenting, tapi bersedia untuk ditegur jika suka mengkritik - “Kalau terasa baguslah... fikir balik tindakan dia” ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku ‘edit’ sendiri, poster filem pertama arahan Hairul Azreen dikritik tak cantik - “Tengok poster pun dah tahu kualiti cerita dia” Mengulas perkara itu, pengarahnya Datuk Prof Dr A. Razak Mohaideen, 56, berkata, dia tidak menganggap komen negatif yang dilemparkan terhadap filem berkenaan sebagai satu cara untuk pihak tertentu meraih perhatian di laman sosial. A Razak Mohaideen selaku pengarah filem Rumah Madu Ku Berhantu. "Sejujurnya saya tak tahu pun fasal orang kritik poster filem itu. Soal poster itu, sebagai pengarah saya tak terlibat sebab ia keputusan pihak produksi dan team marketing. "Bagi saya orang yang mengkritik itu hanya mahukan perhatian di media sosial kerana komen negatif ini selalu menjadi tumpuan netizen," ujarnya kepada mStar pada Selasa. Dalam pada itu menerusi pemerhatian di Twitter, filem yang turut dibintangi pelawak Zizan Razak, Rita Rudaini, Nadia Brian, Saiful Apek dan Azlee Senario itu dikritik gara-gara pembikinan poster yang didakwa dilakukan secara tangkap muat dan kelihatan murah. Saya juga percaya yang Rita bukanlah seorang yang anti-vaksin cuma dia masih belum yakin dan risau akan kesihatan diri dia. A RAZAK MOHAIDEEN PENGARAH Malah gara-gara perkongsian Zhaf, netizen turut menulis komen negatif yang terarah kepada Rita kerana didakwa masih belum mengambil suntikan bahan pelali itu. "Sekarang tahun 2000 ka? poster macam telemovie Block 404 ja. "Aku rasa diorang producer filem Melayu ni guna pakai pereka grafik yang sama atau bikin sendiri untuk save cost? "Shoot bila ni? Hat sorang tu bukan tak vaksin ke?" "Tak payah support filem antivaksin," ujar netizen. Kritikan netizen di laman sosial Twitter. Bercakap soal Rita Rudaini, Razak Mohaideen berkata, keputusan Rita untuk tidak mengambil suntikan vaksin bukan disebabkan aktres berkenaan seorang antivaksin. Katanya, aktres berkenaan mempunyai alasan tersendiri khususnya berkaitan dengan kebimbangan tentang kesihatannya. Malah, penggambaran dilakukan sebelum kerajaan melaksanakan suntikan vaksin. As requested pic.twitter.com/0BuUSn8uwV — ZHAFVLOG | #Eternals 4Nov (@zhafvlog) October 31, 2021 "Pemilihan pelakon dan penggambaran filem tersebut dilakukan sebelum suntikan vaksin dilaksanakan secara meluas. "Saya juga percaya yang Rita bukanlah seorang yang antivaksin seperti yang diperkatakan, cuma dia masih belum yakin dan risau akan kesihatan diri dia. "Lagipun selepas penggambaran selesai, saya pun tak ada berhubung dengan Rita. Jadi, saya tak tahu perkembangan dia macam mana," ujarnya. Filem seram komedi ini akan ditayangkan di pawagam bermula 2 Disember depan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!