suria

Alicia Amin cabar diri cakap dialek Sabah… Buku lali bengkak gara-gara babak aksi dalam filem ‘The Disappearance of Irdina Adhwa’

Alicia Amin cabar diri bertutur dalam loghat Sabah dan berlakon babak aksi.

BAGI menjayakan watak Sofia dalam filem The Disappearance of Irdina Adhwa, pelakon Alicia Amin berkata dia mencabar diri bertutur dalam loghat Sabah.

Menurut Alicia, 26, kehendak watak memerlukan dia bercakap dalam dialek Sabah itu benar-benar menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon.

"Saya rasa benda yang mencabar dalam filem ini apabila kena bercakap dalam loghat Sabah, iyalah bahasa Melayu saya pun kadang-kadang tak lepas, ini pula nak cakap cara orang Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandang isu panas Alicia Amin, pengarah ada sebab ‘offer’ watak utama

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Alicia Amin selamat bergelar isteri doktor

"Itulah yang paling susah, sebelum itu pengarah Kyle A Halim ada bertanya kalau saya boleh cakap bahasa Sabah. Mujurlah saya pun ada ramai kawan-kawan dari sana, jadi saya cuba untuk bercakap dalam tak sengaja.

"Saya juga berlatih setiap hari di set penggambaran, semua kru join sekali. Cuma yang paling susah bila ada babak memerlukan saya bermain dengan emosi, dalam masa sama kena cakap bahasa Sabah," katanya kepada mStar.

alicia 2

Alicia dapatkan rujukan pengarah Kyle A Halim (kanan) bagi menjayakan watak Sofia.

Alicia ditemui semasa tayangan perdana filem The Disappearance of Irdina Adhwa yang diadakan di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman berlakon dalam filem thriller ini, Alicia memberitahu dia mengalami cedera ringan sewaktu menjayakan babak aksi yang memerlukannya berlari dan bergasak.

Sakit jugalah sehingga sesi penggambaran terpaksa dihentikan sebab buku lali bengkak

ALICIA AMIN

PELAKON

"Ketika kejadian saya sedang bersedia untuk menjayakan babak lasak pertama dengan pelakon Josiah Hogan. Ketika itu, watak Josiah mahu menetak saya, kebetulan kami berada berhampiran dengan lantai bilik air yang agak licin.

"Malang tak berbau, Josiah pada waktu itu terjatuh dan dia terpijak kaki saya. Sakit jugalah sehingga sesi penggambaran terpaksa dihentikan sebab buku lali sedikit bengkak.

"Tapi saya tak salahkan dia kerana saya faham insiden ini berlaku secara tidak sengaja. Tambahan pula, ini filem aksi jadi apa pun boleh terjadi," ceritanya.

alicia 3

Alicia (tiga dari kiri) bersama barisan pelakon filem The Disappearance of Irdina Adhwa.

The Disappearance of Irdina Adhwa arahan Kyle A Halim ini turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Syazuwan Hassan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud.

Menjalani penggambaran di Melaka dan Sabah, filem tersebut mengisahkan tujuh pelajar kolej yang bercuti di sebuah banglo selepas selesai majlis graduasi mereka.

Namun percutian menyeronokkan yang diharap dapat melepaskan mereka daripada tekanan sebagai pelajar akhirnya mengundang tragedi berdarah.

The Disappearance of Irdina Adhwa ditayangkan di Astro First bermula Khamis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain