suria

15 kali tonton air mata tetap berderai, Ahmad Tarmimi Siregar harap ‘Perjalanan Pertama’ turut sentuh hati penonton

Filem Perjalanan Pertama bakal ditayangkan pada 18 Ogos ini.

ELEMEN hubungan kekeluargaan yang diterapkan dalam filem Perjalanan Pertama nyata membuatkan pelakon veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar tidak berhenti mengalirkan air mata.

Membintangi filem arahan Airef Malinmudo itu kata Tarmimi, dia mengakui mesej tersirat dalam karya tersebut sedikit sebanyak terkait dengan kehidupannya.

Jelasnya, meskipun sudah hampir 15 kali menonton filem berkenaan dia tetap berasa tersentuh dan mengalirkan air mata.

"Hilang kejantanan saya kerana dari minit kedua tayangan, saya sudah 'bocor'," katanya kepada mStar.

Untitled design (6)

Hubungan Tan lakonan Tarmimi Siregar dan Yahya (Muzakki Ramdhan) mengalami masalah gara-gara rahsia yang dipendam terlalu lama.

Tarmimi berkata, dia berharap genre filem tentang kekeluargaan dan masyarakat akan lebih diberi perhatian oleh penonton.

Apatah lagi katanya, genre filem seperti itu sangat terhad namun ia penting kerana menerusinya ia boleh memberi pengajaran kepada penonton tentang nilai kekeluargaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 filem Reza Rahadian yang wajib ditonton! Pasti para gadis akan tersenyum...

ARTIKEL BERKAITAN: Filem KKN di Desa Penari, didakwa kisah benar yang viral di Twitter

"Kita harus lebarkan lagi genre yang lain... adakalanya kita tidak perlu berbelanja besar tetapi kesannya mampu bertahan lama.

"Mungkin filem ini dapat dijadikan pedoman dan pesanan tentang kesilapan masa lalu dalam pembangunan keluarga.

"Kerjasama antara Malaysia dan Indonesia ini juga diharapkan dapat membantu kita melahirkan karya nusantara dengan lebih banyak," katanya.

Filem Perjalanan Pertama mengetengahkan elemen hubungan dan komunikasi dalam keluarga.

Filem Perjalanan Pertama mula akan memulakan tayangan di Malaysia pada 18 Ogos depan.

Mengulas mengenai Perjalanan Pertama, Tarmimi mengakui melakonkan babak aksi menuruni anak tangga di kawasan di curam dengan menaiki sebuah motosikal sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri menjadi cabaran utama buatnya.

Katanya, dia memilih untuk melakukan sendiri aksi itu selepas melakukan beberapa sesi latihan bagi menjayakan babak tersebut bersama pelakon cilik Indonesia, Muzakki Ramdhan.

"Kebiasaan menunggang motosikal di Malaysia dan Indonesia berbeza. Setelah berhari-hari latihan kami mula serasi dan jurang usia itu dianggap sudah tiada memandangkan saya berumur 72 tahun sementara Muzakki 13 tahun.

"Bayangkan Muzakki membonceng dibelakang sambil memegang lukisan tanpa melihat apa yang ada dihadapan tetapi meletakkan kepercayaan 120 peratus kepada 'datuknya' ini," jelasnya.

Untitled design (8)

Tarmimi Sieregar (dari kiri), Rosmar Ayu Mokhtar, Dendi Reynando dan Arief Malinmudo sewaktu majlis tayangan perdana filem Perjalanan Pertama di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

Meskipun perlu menjalani beberapa hari sesi latihan, Tarmimi merasakan perkara itu berbaloi dan memberikan kepuasan kepadanya sebagai pelakon.

"Malu rasanya jika mengharapkan orang lain yang buat. Saya pilih untuk lakukan aksi itu sendiri tanpa paksaan sesiapa," ujarnya.

Sementara itu mengulas mengenai pemilihan Tarmimi sebagai tunjang utama, selaku pengarah Arief memberitahu, ketika skrip filem dihasilkan dia sudah membayangkan watak Tan itu dimainkan oleh aktor itu.

"Saya memang membayangkan seseorang sepertinya ketika menulis skrip. Sebelum itu, kami pernah bekerjasama dalam sebuah filem bahasa Minangkabau dan sejak itu saya tertarik dengannya.

"Bermula dengan filem Anak Sarawak, kemudian saya menonton beberapa filem lakonannya yang lain bagi mendapatkan keserasian watak dengan plot penceritaan," jelasnya.

Hilang kejantanan saya kerana dari minit kedua tayangan, saya sudah 'bocor'.

DATUK TARMIMI SIREGAR

PELAKON PERJALANAN PERTAMA

Filem ini turut mendapat kerjasama produksi Indonesia, Maharkarya Pictures.

Selain Tarmimi dan Muzakki, Perjalanan Pertama turut dibintangi oleh Randy Pangalila, Adinda Thomas, Gilang Dirga, Komo Ricky dan Angelica Petra.

Bakal menemui penonton pada 18 Ogos ini, filem tersebut mengisahkan tentang Tan lakonan Tarmimi seorang pekerja kedai cenderamata di sebuah kampung yang tinggal bersama cucunya, Yahya (Muzakki).

Yahya yang semakin dewasa mula bertanyakan tentang latar belakang mengenai identiti ibu bapa memandangkan datuknya sering merahsiakan perkata itu.

Segala rahsia mula terlerai satu per satu setelah kedua-duanya mengalami masalah sewaktu ingin menghantar sebuah lukisan kepada pelanggan sebagai hadiah perkahwinan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain