suria

Dain Said terkejut lihat aksi pelakon muda, rupanya ramai berbakat... Sengaja bawa kelainan dalam filem ‘Harum Malam’

Dain yakin dengan bakat muda yang diketengahkan dalam Harum Malam.

TERKENAL dengan filem-filem yang menampilkan pelakon hebat tanah air, kali ini pengarah Dain Said mengambil langkah berani memperkenalkan pelakon remaja dalam karya terbaharunya berjudul Harum Malam.

Memulakan pencarian menerusi sesi ujibakat, Dain mengakui kagum dengan bakat anak muda seperti Idan Aedan, Arnie Shasha, Danish Hakeem, Airil Aizimi, Eriza Allya dan Angelica Petra yang mampu memberikan persembahan baik sebagai bintang pelapis.

"Disebabkan cerita ini melibatkan kanak-kanak, saya buat casting dan memberi mereka latihan. Rupa-rupanya pelakon muda ini memang sangat bagus. Dalam filem ini saya boleh katakan dua hingga tiga orang antara mereka sebagai the future stars.

harum 2

Harum Malam membawa kisah mistik dalam kehidupan moden.

"Memang satu cabaran bekerja dengan pelakon muda namun saya amat kagum apabila mendapat tahu ini merupakan filem pertama buat mereka. Saya terkejut kerana lakonan mereka baik.

"Lakonan mereka cukup semula jadi. Mereka dapat mendalami karakter dengan cepat dan itu menjadikan kerja saya lebih ringan," katanya.

Memilih genre seram dengan latar belakang kehidupan bandar, Dain berkata dia mahu memberikan satu kelainan selain percaya bahawa unsur mistik sering kali dikaitkan dengan masyarakat kita meskipun dunia kini sudah moden.

ARTIKEL BERKAITAN: Gandingan Beto, Diana Danielle hidupkan ‘Imaginur’... filem unik angkat kisah percintaan dunia hipnosis

ARTIKEL BERKAITAN: 'Mechamato Movie' filem animasi tempatan nombor satu, berjaya kutip RM30.75 juta dalam tempoh kurang sebulan

Sementara itu pemilihan tajuk Harum Malam pula adalah kerana ia sering menjadi momokan dalam kalangan orang Melayu tentang bau wangi pada waktu malam sebagai tanda ada ‘sesuatu’ di sekitar.

"Pada saya set seram di kampung sudah biasa. Saya ingin melihat jiwa kita berfungsi dalam persekitaran moden namun masih berpaut dengan kisah hantu yang biasa didengari berdasarkan cerita-cerita dahulu. Tidak bermakna tinggal di bandar, perkara ini sudah hilang.

Mereka dapat mendalami karakter dengan cepat dan itu menjadikan kerja saya lebih ringan

DAIN SAID

PENGARAH

"Tentang tajuk pula, orang melayu pasti tahu dan pernah dengar atau mungkin percaya apabila kita bau sesuatu yang wangi atau manis pada waktu malam itu bermakna ada hantu dekat dengan kita," jelasnya.

Selain bertindak sebagai pengarah dan penerbit, Dain juga bertanggungjawab menulis jalan cerita ini bersama Nandita Solomn serta Ben Omar.

Filem ini mengisahkan watak Iqbal (lakonan Idan) yang mempunyai kelebihan luar biasa mampu melihat orang yang sudah meninggal dunia dan makhluk dari alam ghaib.

harum 3

Gabungan pelakon baharu dan lama memudahkan kerja Dain di lokasi.

Berdepan dengan ketakutan itu, Iqbal juga menggunakan kelebihan tersebut untuk menyelamatkan keluarga serta rakan-rakannya.

Antara pelakon lain yang turut terlibat adalah Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein.

Filem terbitan bersama Apparat, Skop Productions dan D’Ayu Pictures ini akan mula ditayangkan pada 9 Februari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain