suria

‘Khong-Khaek: The Djinn's Curse’ filem seram Islamik pertama Thailand, kisah benar isteri pengarah diganggu jin

Khong-Khaek: The Djinn's Curse mengisahkan kekeluargaan, kekecewaan dan dendam.

BERMULA sebagai perbualan antara suami isteri menjadi pencetus ilham kepada penghasilan filem seram Islamik Thailand pertama berjudul Khong-Khaek: The Djinn's Curse.

Filem itu juga terhasil berdasarkan pengalaman isteri pengarahnya iaitu Kriangkrai Monvichit yang berdepan situasi aneh ketika sedang asyik menulis skrip bersendirian.

Kriangkrai berkata, isterinya itu terdengar bunyi pelik sehingga bulu romanya meremang secara tiba-tiba sehingga menghentikan proses menulis.

Pengalaman itu membuatkan dia mengangat tema berkaitan jin kerana ingin membawa penonton memahami kesan dan akibat buruk apabila manusia meminta pertolongan mahupun bersekongkol dengan makhluk tersebut.

IMG_2770

Permulaan filem Khong-Khaek: The Djinn's Curse yang buat penonton tertanya-tanya.

Cerita Kriangkrai sepanjang penggambaran, beberapa pelakon filem berkenaan turut berdepan dengan kejadian seram dan pelik sehingga ada enggan meneruskan tugas mereka.

"Misalnya ketika pelakon utamanya Golf berbaring dan dia merasakan seperti ada orang berbaring di sebelahnya tetapi apabila dia menolah tiada sesiapa di situ.

"Selain itu, ada seorang lagi pelakon iaitu Lee Ping dan beberapa orang kru ternampak kelibat yang pelik sehingga mereka tidak mahu meneruskan penggambaran," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! ‘Kutukan Sembilan Setan’ buat penonton tak senang duduk, rupanya kisah benar kejadian misteri di Gunung Bromo

ARTIKEL BERKAITAN: “Filem ini agak ‘biadab’ in a good way...” - Gemencheh Boys buktikan pelajar sekarang terlalu manja!

Khong-Khaek: The Djinn's Curse mengisahkan seorang lelaki bernama Win yang berhijrah bersama keluarganya ke sebuah wilayah terpencil di Selatan Narathiwat demi meneruskan kehidupan.

Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di rumah baharu, mereka terasa diperhatikan sehingga pelbagai kejadian misteri mula menganggu.

Namun ketika mahu mencari pelindungan dan kesembuhan daripada gangguan yang dialami mereka ternyata keluarga berkenaan terjerumus dengan bahaya lebih besar.

IMG_8531

Amalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat yang masih menjadi amalan sehingga ke hari ini.

Filem terbitan M Thirty Nine Co. Ltd dan Monwichit Entertaiment itu diedarkan oleh Yusrych Global untuk pasaran Malaysia dan memulakan tayangan bermula 2 November 2023.

Khong-Khaek: The Djinn's Curse juga mendapat sambutan luar biasa penonton di Thailand apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM6 juta hanya dalam tempoh 11 hari ditayangkan.

Pengasas Yusrych Global, Yusry Makmor berkata pihaknya berminat membawa masuk filem ini untuk tayangan di Malaysia apabila menyedari trailer rasminya menjadi viral dalam kalangan penduduk di negara ini sehingga mendapat tiga juta tontonan.

IMG_0358

Filem Khong-Khaek: The Djinn's Curse juga mengisahkan dendam.

"Saya percaya filem ini akan pecah panggung apabila ditayangkan di Malaysia, tambahan pula kutipan di Thailand sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.

"Kalau melihat pada komen pula, rata-rata ramai yang teruja nak menontonnya dan tertanya-tanya bila akan ditayangkan di Malaysia," ujarnya.

Khong-Khaek: The Djinn's Curse ini dibintangi pelakon seperti Golf-Akara Lucas, Tubtim-Anyarin Terathananpat, Mo-Amena Pinit, Marika Phraekhieocharoen dan Piyat Jatupong.

Ia turut menampilkan Thiti Phoom-on, Sonatana Chitmanee, Hakeem Dhanawicit dan Ahamd Kasemiyah Dolah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain