KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyiapkan satu laporan berhubung kemelut yang melanda atlet dan pegawai Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) dalam masa terdekat ini.Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong berkata beliau akan menyediakan laporan setelah mendapatkan "cerita" dan laporan daripada keduadua pihak untuk dikemukakan kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tindakan. "Saya ada bercakap dengan pegawai persatuan dan mereka akan kemukakan laporan dalam sehari dua ini. Saya juga telah bertemu dengan salah seorang atlet yang terlibat. Jadi, saya telah mendengar cerita daripada keduadua belah pihak," katanya.Pada 21 Mac lepas, dua atlet boling padang wanita kebangsaan, Siti Zalina Ahmad dan Norhashimah Ismail, mendakwa dianiayai setelah masingmasing digantung selama 18 bulan dan satu tahun oleh PLBM mulai Khamis depan.Melalui satu surat yang dikeluarkan PLBM bertarikh 12 Mac kepada mereka, Siti Zalina didakwa telah melakukan tiga kesalahan disiplin ketika menjalani latihan di pusat latihan Bukit Kiara pada 26 Okt tahun lepas iaitu bergaduh dengan salah seorang anggota pasukan, menyerang pegawai PLBM dan tidak mengikut arahan jurulatih. Norhashimah pula dikenakan tindakan gantung setahun atas alasan gagal meleraikan pergaduhan terbabit dan tidak bertindak sebagai ketua pasukan wanita kebangsaan.Zolkples berkata Menteri Belia dan Sukan telah meminta MSN untuk menyiasat perkara itu sejak kemelut itu timbul."Dalam kes ini, Siti Zalina adalah atlet yang mempunyai tahap kecemerlangan yang tinggi. Beliau adalah pemenang pingat emas di dua Sukan Komanwel. Selama ini beliau adalah atlet yang begitu berdisiplin dan saya tidak tahu kenapa masalah ini berlaku," katanya.Katanya beliau dimaklumkan oleh atlet berkenaan bahawa mereka akan mengemukakan surat yang menyatakan mereka tidak bersalah sepertimana yang diminta PLBM."Apa yang dimaklumkan persatuan sebelum ini, sekiranya atlet tidak memberi jawapan sebelum 27hb (Mac) ini dan dengan sendirinya penggantungan akan berlaku."Keputusan untuk mengambil tindakan disiplin dalam mana-mana jenis sukan terletak di tangan persatuan sukan itu sendiri," katanya. BERNAMA