suria

Perlis rampas tangga teratas Liga Super

KUALA LUMPUR: Perlis memintas Selangor dan Kelantan untuk merampas kedudukan teratas Liga Super setelah menundukkan Kuala Muda Naza 10 di Stadium Darul Aman, Alor Star malam tadi.

Gol Perlis hadir pada minit ke-22 apabila umpanan dari sebelah kanan luar kotak penalti Mohd Fauzi Nan berjaya ditanduk masuk Mohd Nizaruddin Yussuf untuk menewaskan penjaga gol Kuala Muda Naza, Azizon Abd Kadir.

Dalam saingan di Pantai Timur, Selangor dan Kelantan yang berkongsi mata di tangga teratas sebelum perlawanan malam ini menerima kekalahan ketiga masing-masing.

Jaringan Shahurain Abu Samah pada minit ke-41 dan Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-56 membolehkan Negeri Sembilan menundukkan Kelantan 21 pada perlawanan di Stadium Sultan Mohammad KeIV, Kota Bahru.

Gol sagu hati Kelantan menerusi sepakan penalti melalui Indra Putra Mahayuddin pada minit ke79 tidak cukup untuk mengelakkan Kelantan kecundang di tempat sendiri.

Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, tuan rumah beraksi garang untuk menumpaskan Selangor 21 melalui jaringan Ismail Farouqi Ashari dan Azlan Ismail pada minit ke35 dan minit ke-38.

Gol saguhati Selangor diperolehi melalui D. Surendran pada minit ke-83.

Kedah pula kekal menghuni tangga kelima liga apabila menumpaskan Pahang 42 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain