IPOH: Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang nyata teruja melihat rakan-rakan senegara bersaing pada perlumbaan basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM 2009) yang membuka tirainya hari ini.Azizulhasni dijemput khas oleh penganjur perlumbaan JM2009, Ten Speed Sdn Bhd, sebagai ikon untuk perlumbaan kali ini dan akan menjadi penyeri sepanjang perlumbaan kali ini. "Penampilan di JM 2009 amat bermakna buat diri saya kerana saya mula menceburi bidang ini dengan pembabitan dalam acara lebuh raya sebelum beralih ke acara trek," katanya.Melihat aksi rakan-rakannya berlumba, Azizulhasni mengakui teruja dan merasa teringin untuk melepas gian berkayuh selepas perlumbaan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh berakhir di sini.Baru-baru ini, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu, itu telah memenangi pingat perak Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Poland dan menjadi antara atlet harapan negara untuk mengutip emas pertama pada Sukan Olimpik London 2012. BERNAMA