suria

Beh pikat pasukan kelab Vietnam

KUALA LUMPUR: Pemain bola tampar pantai wanita negara, Beh Shun Thing, yang berjaya memikat sebuah pasukan kelab di Vietnam melalui penampilannya pada pusingan pertama Liga Bola Tampar Pantai Vietnam awal bulan ini, ditawarkan bermain di pusingan kedua pada Julai.

Selepas berjaya menampilkan persembahan membanggakan pada pusingan pertama, pasukan Binh Dien Long An menawarkan beliau untuk terus bermain di pusingan kedua, kata Beh kepada Bernama di sini hari ini.

Beh, yang baru menamatkan pengajiannya dalam bidang pentadbiran perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, dia mungkin tidak lagi akan aktif dalam sukan itu hujung tahun ini.

"Saya kini lebih banyak menumpukan permainan bola tampar pantai secara tertutup (indoor). Pasangan saya sebelum ini, M. Iswari dan Luk Teck Hua kini lebih menumpukan masa kepada kerjaya masing-masing," katanya.

Beh bersama Luk meraih pingat gangsa di Sukan Sea Korat, Thailand pada 2007 sebelum gandingannya itu mengumumkan persaraan kerana mahu menyambung pelajaran.

Mereka berdua juga pernah mengharumkan nama negara setelah menjuarai Kejohanan Bola Tampar Pantai Indonesia juga pada 2007. BERNAMA

Artikel Lain