suria

Man. United makin selesa pertahan takhta Liga Perdana

BERGELUT...Pemain Middlesbrough, Matthew Bates (kanan) dan pemain Manchester United, Ryan Giggs bertembung dalam saingan Liga Perdana di Stadium Riverside malam tadi. -AP

LONDON: Manchester United (MU) mengambil satu lagi langkah lebih dekat untuk mempertahankan takhta Liga Perdana Inggeris musim ini ekoran kemenangan selesa ke atas Middlesbrough, pasukan yang mengalami penurunan status liga.

Pasukan pelawat itu memperoleh mata penuh menerusi sumbangan gol Ryan Giggs pada separuh masa pertama.

Ia disusuli gol pada minit ke-51 oleh Ji-Sung Park.

Dengn kemenangan ini, MU kekal berada di tangga teratas dengan 80 mata daripada 34 perlawanan berbanding Liverpool dan Chelsea masing-masing di tahap kedua dan ketiga dengan 74 mata.

Arsenal berada di tangga keempat dengan 68 mata.

Pengurus MU, Alex Ferguson menyifatkan kemenangan malam tadi (waktu Malaysia) sebagai "langkah besar dengan hanya tinggal baki empat perlawanan".

"Permainan ini prestasi yang baik," katanya.

Dalam pada itu, Chelsea juga memperoleh mata penuh dalam perlawanan terbaru dengan menewaskan Fulham 3-1.

Gol bagi Chelsea dijaringkan oleh Nicolas Anelka, Florent Malouda dan Didier Drogba manakala gol tunggal Fulham disumbangkan oleh Nevland.

Artikel Lain