ALOR SETAR: Dua pemain perseorangan wanita dan satu pasangan beregu campuran negara melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas melepasi saingan pusingan pertama di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim di sini hari ini.Pasangan beregu campuran Chooi Kah MingNg Hui Ern tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasangan Macau Lam Chi Leong-Ieong Pek San 21-8, 21-4. Sonia Cheah Su Ya yang beraksi dalam acara perseorangan wanita turut melangkah ke pusingan kedua selepas mengatasi pemain Taiwan Chen Chi Ya 21-12, 21-14.Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan wanita Yang Li Lan dipaksa bertarung sehingga tiga set oleh pemain Filipina Alcala Malvinne Ann Venice sebelum mencatatkan kemenangan 15-21, 21-13 dan 21-17.Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain negara Florah Ng Siew Fong apabila gagal mengikuti jejak rakan sepasukan apabila tewas 13-21, 15-21 kepada Tulasi P.C dari India.Dalam acara perseorangan lelaki, pemain utama negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang diletakkan sebagai pilihan kedua tidak beraksi hari ini selepas mendapat bye pada pusingan pertama dalam undian semalam. BERNAMA