PUTRAJAYA: Peserta wanita Perancis berjaya menguasai pusingan kelayakan acara luncur air, Kejohanan Waterski Putrajaya 2009, di Kompleks Sukan Air, Presint 6, di sini semalam.Peserta Anais Amade, Marion Aynaud dan Marion Mathieu masing-masing mendahului acara wanita 'slalom', 'shortboard' dan 'jump'. Dalam kategori lelaki pula, peserta Amerika Syarikat Nicolas Parsons mendahului kedudukan dengan 107 mata dikuti Julio Javier dari Argetina dengan 106.50 mata dan peserta Perancis, Jean Baptiste dengan 105.50 mata.Berikutan hujan lebat dan kilat pada sebelah petang semalam, acara 'shortboard' dan 'jump' lelaki ditangguhkan sehingga pagi hari ini.Acara akhir hari ini akan menyaksikan saingan empat wanita dan enam lelaki terbaik daripada pusingan kelayakan bagi menentukan juara siri tersebut. KEPUTUSAN KELAYAKAN:SLALOMLelaki:1. Nicolas Parsons (USA) 107.00 mata 2. Julio Javier (ARG) 106.50 3. Jean Baptiste Faisy (FRA) 105.50 4. Jodi Fisher (GBR) 105.50 5. Aaron Larkin (NZL) 104.50 6. Chris Parrish (USA) 19.50Wanita: 1. Anais Amade (FRA) 98.00 mata 2. April Coble Eller (USA) 98.00 3. Karen Truelove (USA) 97.00 4. Clementine Lucine (FRA) 96.50 SHORTBOARDWanita: 1. Marion Aynaud (FRA) 7,610 mata 2. Natalia Berdnikava (BLR) 7,410 3. Clementine Lucine (FRA) 6,960 4. Mandy Nightingale (USA) 6,780 JUMPWanita: 1. Marion Mathieu (FRA) 47 meter 2. Iryna Turets (BLR) 45.9m 3. Alexandra Lauretano (USA) 44.9m 4. June Fladbor (DEN) 44.0m BERNAMA