PETALING JAYA: Sasaran untuk menjulang Piala Malaysia pada tahun depan menjadi keutamaan pasukan Selangor setelah gagal meraih piala paling berprestij dalam saingan liga bola sepak tempatan itu sejak empat tahun lepas.Kali terakhir Selangor yang merupakan juara sebanyak 32 kali itu menjulang Piala Malaysia adalah pada 2005 setelah menewaskan Perlis 30 pada perlawanan akhir. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAs) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata usaha untuk memenangi piala itu adalah menjadi misi dan visi utama kepada pemain-pemain dan jurulatih, K.Devan.Bagi saingan Piala Malaysia musim ini, Selangor terkandas pada peringkat suku akhir apabila tewas 5-4 melalui sepakan penalti kepada Terengganu setelah terikat 2-2 sama secara agregat."Selain impian meraih Piala Malaysia, kita juga berharap untuk mengekalkan kejuaraan Piala FA dan Liga Super yang dimenangi musim ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.Hamidin berkata bagi tujuan itu, FAS akan menandatangi beberapa pemain baru bagi menguatkan skuad "The Red Giants" yang akan diumumkan secara rasmi pada minggu depan.Namun Hamidin enggan mengulas mengenai jumlah pemain baru dan bahagian mana yang akan diperkuatkan, serta pemainpemain yang akan digugurkan oleh Selangor."Kita memerlukan kesebelasan utama dan barisan pemain simpanan yang terbaik, konsisten dan berkualiti kerana musim depan mereka akan mengharungi satu jadual yang padat."Ini kerana kita bukan sahaja akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia) malah akan beraksi dalam kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)," katanya.Prestasi Selangor yang dibimbing Devan pada musim ini berada pada kemuncak apabila menjuarai Piala Sumbangsih pada awal musim dan seterusnya menjuarai saingan Liga Super.Kecemerlangan mereka tidak terhenti di situ apabila menjulang Piala FA setelah menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 setelah terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar. BERNAMA