suria

Hoki: Malaysia Gagal Ke Piala Dunia 2010

KUALA LUMPUR: Malaysia gagal layak ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2010 setelah tewas 12 kepada New Zealand pada perlawanan akhir pusingan kelayakan yang berlangsung di Invercargill, New Zealand hari ini.

Dua jaringan tuan rumah melalui pukulan sudut penalti pada separuh masa kedua memusnahkan harapan Malaysia walaupun skuad kebangsaan mendahului 10 pada separuh masa pertama.

Anakanak buah jurulatih Tai Beng Hai gagal mempertahankan kelebihan gol hasil jaringan Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-18 melalui pukulan sudut penalti.

New Zealand sebaliknya tampil beraksi dengan lebih kemas pada separuh masa kedua apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti, Andrew Hayward pada minit ke-57 untuk menewaskan penjaga gol negara, S.Kumar.

Gol itu terus menyemarakkan lagi semangat pasukan New Zealand yang digelar "Black Sticks" apabila Hayward sekali lagi mempamerkan kepakarannya apabila menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-60.

Pemain-pemain Malaysia seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menggunakan kesempatan untuk menjaringkan gol walaupun mendapat tiga pukulan sudut penalti pada separuh masa kedua.

Kemenangan ini membolekan New Zealand menempah tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di New Delhi, India yang akan berlangsung dari 28 Februari hingga 13 Mac. Sementara bagi Malaysia, ia merupakan kegagalan kedua berturutturut setelah gagal layak pada 2006.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pemain-pemain telah melakukan yang terbaik kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah apabila bertemu tuan rumah pada perlawanan akhir.

"Mereka telah mempamerkan permainan yang luar biasa menentang China (menang 30) semalam dan kita sememangnya mengharapkan mereka menunjukkan aksi yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kekalahan itu juga tidak bermakna kegagalan sepenuhnya kerana skuad kebangsaan telah tewas kepada pasukan yang lebih baik.

Pada pusingan kelayakan ini, Malaysia yang di kedudukan ke-16 dunia merupakan pasukan pilihan ketiga di belakang New Zealand (ranking ke-8 dunia) dan China yang berada di ranking ke-13 dunia. BERNAMA

Artikel Lain