suria

Lebih Banyak Pertandingan Untuk Cungkil Bakat Baru Sepak Takraw - PSTNT

KUALA TERENGGANU: Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) akan menganjurkan lebih banyak pertandingan tahun depan dalam usaha mencungkil bakat baru dan membentuk pasukan pelapis negeri.

Presidennya Mohd Shapian Ali berkata lebih banyak pertandingan akan diadakan di peringkat kampung berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Bagaimanapun beliau berkata pada masa ini persatuan memberi tumpuan kepada persiapan pemain untuk menghadapi sukan dwi tahunan iaitu Sukma di Melaka pada 2010.

"Latihan di Kompleks Belia Pasir Panjang akan dijalankan secara sepenuh masa dan pemain akan ditempatkan di asrama Pejabat Belia dan Sukan di Jalan Pasir Panjang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Shapian yang mengekalkan jawatan sebagai presiden dalam mesyuarat agung PSTNT semalam berkata mulai 1 Jan ini, jurulatih dari Thailand, Wittayabuntal akan mula bertugas melatih pemain-pemain Terengganu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Jangan Terlalu Selesa, Kata Azzudin

Artikel Berikut

Artikel Lain