suria

Zimbabwe Tumpaskan Selangor 3 - 0

SHAH ALAM: Skuad bola sepak Zimbabwe yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Selangor menumpaskan pasukan tuan rumah 3-0 di Stadium Shah Alam malam ini.

Penyerang dari negara benua Afrika itu, Mushekwi Nyasa membuat hatrik dengan menjaringkan tiga gol pada minit ke 26, 40 dan 57.

Gol pertamanya dijaringkan menerusi tandukan perlahan tetapi mengelirukan penjaga gol Selangor Mohd Fairul Azwan Shahrullai yang menyangka bola tandukan Mushekwi itu bergolek keluar padang tetapi ia terkena tiang gol lalu melantun ke dalam gawang.

Gol kedua adalah hasil tolakan Mushekwi yang menerjah ke arah gawang selepas mendapat umpanan rakan sepasukan. Demikian juga dengan gol ketiga.

Selangor mendapat peluang terbaik untuk merapatkan jurang pada minit ke-71 apabila Mohd Safee Sali mendapat umpanan daripada Mohd Fazilidin Khalid.

Namun tendangan Mohd Safee yang terus berdepan dengan penjaga gol Zimbabwe, Arubi Washington ditangkis dengan pantas oleh Washington. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Zimbabwe Tumpaskan Selangor 3-0

Artikel Berikut

Artikel Lain