Beckam dengan aksi terbarunya semalam..Kecederaan yang dialami Alexandre Pato, Clarence Seedorf dan Andrea Pirlo telah membuka ruang untuk Beckham disenaraikan dalam kesebelasan utama.DAVID BECKHAM telah mempamerkan aksi cemerlang selama 76 minit dalam perlawanan pertamanya bersama AC Milan musim ini dengan membantu pasukan itu membelasah Genoa 5-2 semalam.Bermain di hadapan pengurus England, Fabio Capello, Beckham sendiri hampir-hampir menjaringkan gol dengan sepakan jarak jauh yang menjadi trademark beliau. Pemain veteran England itu juga bertindak sebagai katalis dalam percubaan pertama Milan dengan hantaran silang popularnya yang tepat ke arah Marco Borriello pada seawal minit ketiga perlawanan tetapi ketangkasan penjaga gol Genoa, Marco Amelia menyelamatkan keadaan."Saya sangat bertuah dan gembira kerana dapat bermain untuk Milan semula dan ia adalah satu keadaan yang sukar untuk digambarkan," kata Beckham.Kecederaan yang dialami oleh Alexandre Pato, Clarence Seedorf dan Andrea Pirlo telah membuka ruang seluas-luasnya untuk Beckham disenaraikan dalam kesebelasan utama dan kejayaan malam semalam telah membantu Milan untuk merapatkan jurang dengan saingan terdekat mereka iaitu Inter yang turut mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Chievo.