Vieira bermain penuh 90 minit dalam perlawanan menentang Chievo yang menyaksikan Inter menang 1-0. Foto: New Press/Getty ImagesPEMAIN VETERAN yang masih berbisa dan laku di pasaran antarabangsa - Patrick Vieira - semalam bermain untuk kali terakhir bersama Inter Milan sebelum terbang ke Manchester untuk menandatangani perjanjian sebagai pemain terbaru Manchester City.Pengurus Inter, Jose Mourinho memberi penghormatan terakhir kepada general midfieldnya itu dengan membenarkan Vieira bermain penuh 90 minit dalam perlawanan menentang Chievo yang menyaksikan Inter menang 1-0. Mourinho kemudiannya membuat pengumuman bahawa perlawanan itu adalah yang terakhir untuk Vieira bersama Inter."Saya rasa saya patut menyebut namanya di atas segala sumbangan yang telah dia sumbangkan kepada Inter," kata pengurus keturunan Portugis itu.Mourinho juga berkata, Inter membuat keputusan tidak akan memperbaharui kontrak Vieira yang telahpun tamat dan untuk menerima tawaran daripada kelab lain."Saya malah kita semua akan terasa kehilangannya dan kita ingin mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata Mourinho lagi.