suria

Benitez Mengaku Liverpool Terpaksa Lepaskan Torres Jika Gagal Capai Tempat Ke-4

LIVERPOOL: Selepas menjual Andriy Veronin dan Andrea Dossena semalam, Pengurus Liverpool Rafael Benítez dalam perkembangan terbaru berkata, beliau akan terpaksa melepaskan bintang utamanya Fernando Torres seandainya kelab itu gagal meraih sekurang-kurangnya tempat keempat musim ini.

Walaupun pengurus berbangsa Sepanyol itu pernah menegaskan bahawa Torres "bukanlah untuk jualan pada apa harga sekalipun" tetapi kini mengakui pemain antarabangsa itu akan berhijrah jika tidak dapat bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Katanya, perkembangan terbaru ini adalah satu hakikat. Menduduki tempat keempat adalah penting untuk mengekalkan semua pemain untuk semusim lagi.

Ketika ditanya apakah ini bermakna Liverpool tidak akan tergoda dengan nilai £100 juta yang ditawarkan oleh Manchester City untuk Torres, Rafa enggan menjawabnya secara langsung tetapi menegaskan siapa yang tidak mahu bermain dalam Liga Juara-Juara. Nilainya sangat tinggi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain