KUALA LUMPUR: Gandingan muda Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berjaya mengharumkan nama negara apabila buat pertama kali merangkul gelaran dengan menjuarai acara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Terbuka Asia (ABC) di New Delhi hari ini.Dalam perlawanan akhir, gandingan negara itu terpaksa berkerja keras sebelum menewaskan pasangan Korea Selatan Yoo Yeon Seong-Kim Min Jung 21-17, 20-22 dan 21-19 dalam masa 66 minit. Ini adalah kejayaan pertama buat beregu remaja itu yang sebelum ini belum pernah berjaya melangkah ke pusingan akhir mana-mana kejohanan utama.Dalam pada itu, beregu remaja negara, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei pula tewas dengan mudah kepada beregu China Pan Pan-Tian Qing 10-21 dan 6-21 dalam masa 27 minit pada perlawanan akhir beregu wanita.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kejayaan beregu campuran negara itu adalah diluar jangkaan dan beregu wanita mara ke perlawanan akhir merupakan permulaan kepada kebangkitan skuad wanita negara."Diharap kejayaan ini akan membuka lembaran baru kepada kemajuan besar bagi skuad badminton negara pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.Keputusan AkhirPerseorangan Lelaki: Lin Dan (CHN) mn Wang Zhengming (CHN) 21-17, 21-15Perseorangan Wanita: Xuerui Li (CHN) mn Xin Liu (CHN) 21-13, 18-21, 21-19Beregu Lelaki: Cho Gun Woo/Yoo Yean Seong (KOR) mn Chen Hung Ling/Lin Yu Lang (TPE) 21-19, 12-21, 21-17Beregu Wanita: Pan Pan/Tian Qing (CHN) mn Vivian Hoo-Woon Khe Wei (MAS) 21-10, 21-6Beregu Campuran: Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) mn Yoo Yeon Seong/Kim Min Jung (KOR) 21-17, 20-22, 21-19.