LONDON: Frank Lampard mengingatkan rakan sepasukannya bahawa Liverpool akan menjanjikan aksi luar biasa ke atas Chelsea pada Ahad ini.Chelsea akan berkunjung ke Anfield dengan kelebihan satu mata di depan Manchester United tetapi Lampard menegaskan pasukannya akan menerima tentangan sengit daripada Liverpool kelak. "Mereka (Liverpool) akan bekerja keras untuk memenangi perlawanan itu. Mereka tidak akan memikirkan perkara lain selain memenangi aksi di tempat sendiri. Keputusan itu kelak akan menentukan sama ada mereka masih boleh mara ke saingan Liga Juara-juara Eropah musim depan," katanya.Menurut Lampard, walaupun Liverpool tersingkir, mereka akan melakukan apa saja dan perkara itu tidak boleh dinafikan."Ia adalah perlawanan sukar tetapi kami tidak bimbang. Semua pemain sedar, kunjungan ke Anfield akan menjadi sukar tanpa mengira peringkat pada musim ini," katanya.Lampard menyifatkan formula yang perlu ditekankan Chelsea adalah memenangi baki dua perlawanan untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini."Jika tidak, kami mungkin terpaksa bergantung kepada jumlah perbezaan gol. Segalanya akan bergantung dengan keputusan United kelak," katanya.