suria

Bundesliga: Hoffenheim Kalahkan Schalke 2-0

FRANKFURT: Satu gol sumbangan Isaac Vorsah dan satu gol sendiri oleh penjaga gol Manuel Neuer membantu Hoffenheim mengalahkan Schalke 2-0 pada Jumaat untuk kemenangan ketiga berturut-turut dalam musim baru Bundesliga.

Walaupun Schalke menduduki tempat kedua musim lalu dan mendapatkan khidmat beberapa pemain baru, pasukan pimpinan Felix Magath itu telah mencatatkan kekalahan tiga kali berturut-turut sekali gus gagal meraih sebarang mata.

Pemain Schalke, Klaas-Jan Huntelaar, hampir menjaringkan gol pada separuh masa kedua tetapi diselamatkan oleh penjaga gol, Tom Starke.

Dia turut mempunyai beberapa peluang tetapi Raul Gonzalez, bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, kurang menyerlah dalam perlawanan itu.

Dengan rekod tiga kemenangan itu, ini bermakna Schalke mendahului pasukan lain dalam persaingan liga. - AP

Artikel Lain