JUARA bertahan Kim Clijsters (gambar) mengekalkan rekod tanpa kalah di New York kepada 20 perlawanan selepas menewaskan Venus Williams 4-6, 7-6(2), 6-4 untuk menempah tiket ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS).Pemain dari Belgium itu akan bertemu pemain pilihan ketujuh, Vera zvonareva pada aksi final. Kali terakhir Clijsters memenangi perlawanan di Flushing Meadows adalah pada 2005 sebelum berehat selama tiga tahun dan kembali menjuarainya tahun lalu."Saya amat berbangga kerana dia melakukan kesilapan berganda ketika mata penentuan. Saya cuba untuk mengutip mata dan setiap kali dia terjatuh saya terus memberikan tekanan terhadapnya."Ia perlawanan sengit. Suasana di gelanggang begitu sukar tetapi saya percaya kami mempamerkan corak permainan pada tahap tertinggi. Ia amat menghiburkan," kata pemain berusia 27 tahun itu.Pada perlawanan berasingan, Zvonareva mara ke final Grand Slam keduanya selepas menundukkan Caroline Wozniacki 6-4, 6-3.