suria

Ferguson Menyesal Tidak Masukkan Berbatov

PENGURUS Manchester United (United), Sir Alex Ferguson mengaku telah melakukan kesilapan apabila tidak memasukan Dimitar Berbatov pada saingan Liga Juara-juara (CL) menentang Rangers dengan keputusan seri 0-0, awal pagi Rabu.

Ferguson telah melakukan sepuluh kali pertukaran namun Berbatov tidak disenaraikan dan hanya menjadi penunggu kerusi simpanan biarpun pada ketika itu semua pemain menghadapi saat sukar bertemu Rangers.

“Kami mahu melihat sejauh mana Javier Hernandez mampu beraksi dalam masa penuh permainan menyebabkan kami terlupa kepada orang lain.

“Prestasi Berbatov sememang sedang meningkat dan dia merupakan salah seorang pemain terbaik kami musim ini. Tetapi kami terlupa tentang kebolehannya yang bijak mencipta peluang gol pada perlawanan ini,” katanya.

Sehingga kini Ferguson terdesak untuk mencari alternatif yang dianggapnya musim yang padat.

“Kami ingin mencari seorang atau dua pemain memandangkan situasi di padang ketandusan pemain yang bagus,” katanya.

United dikawal ketat oleh pemain-pemain Rangers dengan lima pemain pertahanan menentang empat pemain United yang cuba menembusi tembok mereka.

“Ia malam yang mengecewakan bagi kami. Sistem permainan yang ditunjukkan Rangers sangat sukar untuk dikalahkan.

“Saya tidak pasti adakah apabila bermain dengan pasukan lain akan memberi perbezaan berbandingan dengan perlawanan ini. Mereka telah menyusun permainan dengan baik dan pertahanan yang hebat, jadi ia sangat susah untuk ditembusi.

“Malah kami tidak ada peluang untuk mencuba menjaringkan gol selain daripada tendangan terus kepada penjaga gol. Ia memang malam yang sukar,” katanya.

Artikel Sebelum

Wenger Bangga Kebangkitan Fabregas

Artikel Berikut

Guardiola Tak Salahkan Pemain

Artikel Lain