PUTRAJAYA: Isu hutang Majlis Sukan Negara (MSN) kepada persatuan-persatuan sukan sekali lagi timbul, namun ia tidak menjejaskan persiapan atlet-atlet yang akan berangkat ke New Delhi bermula minggu ini.Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong memberi jaminan bahawa isu tuntutan ini akan dilangsaikan sebelum hujung tahun ini. “Ia bukan “hutang” sebenarnya, cuma kita lambat proses bayar sahaja. Kita sedia maklum bahawa duit yang kita dapat daripada kerajaan ataupun pihak penaja bukan lump sum dan kita terpaksa mengagih-agihkan wang itu kepada persatuan-persatuan.“Ada dokumen tuntutaan masih dalam proses dan ada sebahagiannya kita tidak dapat proses disebabkan tidak lengkap."Bila dapat duit kita akan bayar, cuma bukan sepenuhnya. Kita bayar beransur-ansur mengikut jumlah yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Atlet Fasa Akhir Sukan Komanwel dan Sukan, Ahad.Katanya, semua persatuan perlu sedar bahawa peruntukan yang diterima ini perlu dikongsi bersama dengan persatuan-persatuan lain dan ia memakan sedikit masa.“Ia bergantung kepada jumlah peruntukan yang kita terima dan kami akan memberi bantuan kepada semua persatuan, lebih-lebih lagi kepada acara sukan utama.“Kami sendiri berusaha mencuba mencari penaja-penaja untuk mengurangkan bebanan semua persatuan dan harapnya semua faham dengan keadaan ini,” katanya.Isu mengenai hutang ini timbul selepas sebuah akhbar Ahad melaporkan MSN gagal menjelaskan tunggakan tuntutan berjumlah jutaan ringgit termasuk tuntutan membiayai program, seminar dan penghantaran atlet bertanding ke luar negara yang diluluskan MSN.Sebelum ini Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) juga turut membuat tuntutan kepada MSN.