PEMAIN tengah veteran Manchester United, Ryan Giggs bakal direhatkan menjelang saingan Liga Jura-juara (CL) selepas mengalami kecederaan otot paha ketika aksi menentang Bolton, Ahad.“Ryan mengalami kecederaan serius yang berkaitan dengan paha dan dia terpaksa direhatkan lebih kurang dua minggu. “Manakala Wayne pula, saya pasti dia akan pulih menjelang Rabu ini,” kata pengurus United, Sir Alex Ferguson dalam satu kenyataan.Wayne Rooney turut mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan yang menyaksikan United seri 2-2 menentang Bolton pada saingan Liga Perdana Inggeris.Ferguson yakin penyerang England itu akan bersedia bertemu Valencia dalam Kumpulan C.Manakala seorang lagi pemain pertahanan yang diketepikan sebelum ini gara-gara kecederaan, Rio Ferdinand dijangka akan turun beraksi.