Aksi Owen selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Bolton, Ahad.MANCHESTER United sekadar meraih keputusan seri 2-2 pada perlawanan menentang Bolton Wanderers di Stadium Reebok, Ahad.Pasukan United yang dikejutkan jaringan awal oleh Zat Knight pada minit ke-6 kembali bangkit selepas Nani menyamakan kedudukan pada minit ke-23. Sementara itu, aksi pada separuh masa kedua semakin rancak apabila sekali lagi tuan rumah berjaya menjaringkan gol kedua oleh Martin Petrov pada minit ke-67.Pemain simpanan, Micheal Owen menjadi penyelamat Red Devils apabila sentuhan pertama kemasukannya berjaya menyamakan kedudukan sehingga ke wisel penamat.Owen menggantikan Fletcher pada minit ke-71.Keputusan ini sekaligus mengubah kedudukan liga yang menyaksikan United kini berada di tangga kedua dengan 12 mata, tiga mata ketinggalan daripada penghulu liga, Chelsea.Manakala Arsenal turun ke tangga ketiga dengan 11 mata setelah kalah 2-3 kepada West Bromwich Albion pada perlawanan Sabtu.