WIGAN, England: Dua gol masing-masing daripada Jordi Gomez dan Hugo Rodallega berjaya mengeluarkan Wigan Athletic dari kedudukan pasukan tiga paling bawah Liga Perdana England.Kemenanagan 2-0 Wigan itu menjadikan Wolverhampton Wanderers tewas empat perlawanan berturut-turut dalam saingan liga sehingga kini. Wolves dengan hanya 10 pemain di Stadium DW, dikejutkan dengan jaringan cantik pasukan tuan rumah hasil tendangan percuma Gomez pada minit ke-65 sebelum diikuti jaringan Rodallega 5 minit sebelum perlawanan berakhir.