NEW DELHI: Atlet gimnastik negara, Lum Wan Foong dan Mohd Azlanshah Ismail gagal menyumbang sebarang pingat dalam kategori individu artistik gimnastik lelaki keseluruhan di Kompleks Sukan Indira Gandhi pada temasya Sukan Komanwel di sini hari ini.Lum dan Mohd Azlanshah, masing-masing hanya mampu menduduki tempat ke-18 dan 24 pada pusingan akhir acara itu. Lum hanya mampu mendapat 76.700 mata daripada kesemua disiplin manakala Mohd Azlanshah mendapat 72.150 mata, paling rendah antara 24 gimnas yang bersaing dalam acara itu.Luke Folwell dan Reiss Beckford dari England masing-masing meraih pingat emas dan perak selepas mencatatkan 85.550 dan 85.450 mata.Joshua Jefferis dari Australia mendapat gangsa selepas mengumpul 84.750 mata. - BERNAMA