NEW DELHI: Berikut adalah beberapa kisah menarik di Sukan Komanwel Delhi 2010 di sini.* Pingat lucut: Pelari pecut Australia Sally Pearson telah dilucutkan pingat emasnya, yang pertama untuk negaranya selepas 36 tahun. Dia kehilangan pingat itu ekoran salah mula. Sally telah ditunjukkan kad merah tetapi dia meneruskan larian sebagai tanda protes dan memenangi acara 100m itu.Tetapi pada majlis penyampaian pingat kemenangannya tidak diiktiraf, menimbulkan perasaan tidak puas hati."Beberapa perkara berlaku serentak. Keputusan diumumkan, dan anda diberi tempoh untuk membuat bantahan. Seseorang tidak memaklumkan bahawa protes sedang dibuat."Ia adalah kesilapan komunikasi yang besar oleh pegawai olahraga," kata Ketua Persekutuan Sukan Komanwel Mike Fennell pada sidang akhbar hari ini.* Menunjukkan jari: Dua atlet telah dikecam kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan. Ahli gusti warga Australia berbangsa, Yunani-Romawi Hassene Fkiri telah dilucutkan pingat peraknya selepas dia enggan bersalam dengan lawannya dari negara India, Anil Kumar dan membuat isyarat lucah kepada pegawai sukan, selepas gagal meraih pingat emas perlawanan tinju kategori 96kg. * Pelumba basikal Australia Shane Perkins diletakkan di bawah pemerhatian selepas dia melipatkan jari tengah dan telunjuknya kepada pegawai selepas hilang kelayakan untuk bertanding bagi merebut pingat emas.* Kesilapan jurulatih: Jurulatih renang Singapura gagal untuk mendaftar pasukan 4x200 meter gaya bebas berganti-ganti, tepat pada masanya, menyebabkan pasukan itu tersingkir dari pertandingan itu."Saya cuba lakukan apa yang terdaya untuk sampai di sana tepat pada masanya. Saya tidak boleh mengawal lalu lintas. Jika anda mahu menuding jari, terpulanglah," kata Ang Peng Sion.* Lagi insiden runtuh: Papan mata setinggi 7.5 meter di stadium ragbi di Universiti Delhi, tempat perlawanan untuk Ragbi Tujuh Sebelah, telah runtuh pada Isnin.Komen Fennell: "Kita telah terima laporan dan kita difahamkan ia sedang diperbetulkan. Saya tidak boleh kata ia (runtuh) kerana dipasang dengan tergesa-gesa, kita tidak boleh terus membuat kesimpulan. Tetapi ia akan dibetulkan dan akan dipasang sebelum kejohanan ragbi bermula. * Jualan tiket: Menurut Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur Sukan Komanwel Lalit Bhanot 900,000 tiket telah dijual sehingga kini. Tetapi stadium masih lagi kosong! - BERNAMA