KUALA LUMPUR: Sembilan emas itu sasaran konservatif Malaysia ke Sukan Asia Guangzhou, China."Misi untuk memburu sembilan pingat emas di Guangzhou bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai," kata ketua kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong. Zolkples, yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), percaya kesemua 339 atlet telah bersedia sepenuhnya untuk menggalas cabaran pada temasya sukan yang akan berlangsung pada 12 hingga 27 Nov ini.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Atlet Fasa Akhir Sukan Asia, di sini hari ini, beliau berkata sasaran sembilan pingat emas tersebut difokuskan kepada empat acara sukan utama iaitu berbasikal, skuasy, tenpin boling dan badminton.Kutipan pingat emas terbesar disasarkan pada acara tenpin boling di mana Malaysia dibarisi atlet ternama seperti Alex Liew, Aaron Kong, Zulmazran Zulkifli, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Esther Cheah, Sharon Koh dan Shalin Zulkifli, katanya.Sandaran itu dibuat berdasarkan kejayaan cemerlang skuad tenpin boling negara menyumbang tiga pingat emas di Sukan Asia Doha, Qatar pada 2006, katanya.Sementara itu, Zolkples berkata penarikan diri atlet angkat berat negara Amirul Hamizan Ibrahim dari Sukan Asia edisi kali ini tidak akan menjejaskan sasaran pingat.Beliau berkata skuad bola sepak dan pelayaran akan menjadi pasukan terawal yang akan berlepas ke Guangzhou Jumaat ini.Malaysia akan mengambil bahagian dalam 29 acara sukan, antaranya ialah olahraga, akuatik, ragbi, bola tampar pantai, golf, kabadi, lawan pedang, pelayaran, sepak takraw, tinju dan karate.Pada Sukan Asia di Doha, Qatar pada Disember 2006 yang lalu, kontinjen Malaysia melakar sejarah terbaik dalam penglibatan ke Sukan Asia kerana berjaya merangkul lapan pingat emas.Katanya lima pemain Adrian, Muhd Syafiq, Muhd Nur Aiman, Li Jane dan Zatil Iman akan bersaing buat julung kali pada temasya Sukan Asia manakala lain pula telah beraksi pada Sukan Asia Doha pada 2006. Adrian Ang,Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Muhd Nur Aiman Khairuddin, Sin Li Jane, Zatil Iman Abdul Ghani Chef de Mission (CDM).Pada Sukan Asia di Doha, Qatar pada Disember 2006 yang lalu, Kontinjen Malaysia melakar sejarah terbaik dalam penglibatan ke Sukan Asia dimana berjaya merangkul 8 pingat emas. Skuad tenpin bowling muncul pasukan yang paling cemerlang apabila berjaya mengutip 3 pingat emas dan 3 perak.Skuad squash pula mengutip 2 pingat emas manakala badminton, wushu dan perahu layar masing-masing menyumbang 1 pingat emas.Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletakan sasaran sembilan pingat emas menerusi acara badminton, basikal, boling, ekuestrian, karate, pelayaran, skuasy, dan wusyu.Empat sukan yang disandarkan untuk merealisasikan sasaran pingat emas ialah boling, badminton, skuasy dan basikal trek.