Adib (tengah) bersama trofi kemenangan selepas dinobatkan juara kategori Wira.PENUNGGANG Motul Yamaha YY Pang, Mohd Adib Rosley mengesahkan kedudukan selaku juara kategori Wira 2010 selepas merakam kemenangan keenam pada perlumbaan akhir Pusingan 9 siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad.Kejayaan pelumba Motul Yamaha YY Pang itu sekali gus menebus kekecewaan yang dialami musim lepas selepas hanya muncul naib juara kepada Azhar. Dia memerlukan 12:57.637 saat untuk menamatkan cabaran 9 pusingan mengatasi pencabar terdekat Md Syawalludin Md Zaki dengan perbezaan 0.037 saat. Sementara itu, Zulsyafiz Rosli (MOS Yamaha Racing) berada di tempat ketiga dengan masa 13:04.611 saat. Pada perlumbaan akhir itu, tiga pelumba antara Adib, Azahar dan Md Syawalludin Md Zaki (Modenas Forty One Racing) silih berganti menerajui saingan sebelum Azhar terpaksa mengalah pada pusingan ke-8 apabila mengalami masalah jentera.“Ia satu perlumbaan yang cukup sengit sepanjang perlumbaan ini. Saya juga tidak menyangka mampu muncul juara di sini kerana tentangan yang diberikan oleh Azhar dan Syawal pada peringkat awal saingan cukup kental. Namun saya bersimpati dengan nasib Azhar yang gagal menamatkan perlumbaan akhir kali ini.“Saya amat bergembira dengan kemenangan ini dan saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja,pengurus pasukan, YY Pang, setiap ahli pasukan, ibu bapa, rakan-rakan dan setiap penyokong saya atas bimbingan, galakkan dan sokongan yang diberi kepada saya ,” kata Adib.Dengan berbaki satu pusingan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, Adib kini mengumpul 166 mata sementara Azhar masih kekal di tempat kedua dengan 133 mata. Pelumba Modenas Forty One Racing, Md Syawalludin menambah kutipan mata di Sepang untuk mengumpul 125 mata ketika ini.Sementara itu, dalam pertempuran kelas perdana, Norizman Ismail sekali lagi membuktikan penguasaannya di litar besar selepas mudah mengenepikan cabaran pelumba lain sekali gus mendominasikan perlumbaan akhir kategori CP130.Penunggang pasukan Harian Metro SCK Honda Racing yang memulakan saingan di petak ketiga bagaimanapun pantas berada di kelompok depan dan sesekali cuba memimpin perlumbaan sebelum bertindak bijak meninggalkan pencabar lain pada pertengahan saingan.“Sehingga saingan pusingan ke-4, baru saya dapat menjarakkan kedudukan di antara pencabar lain seterusnya saya hanya mengekalkan persembahan sehingga ke garisan penamat. “Begitupun, kemenangan ini sesuatu yang cukup tidak dijangka oleh saya. Bermula di petak ketiga dan hanya meraih keputusan selaku pelumba kedua terpantas, belum menyakinkan saya untuk bergelar juara,” kata Norizman.Pelumba kelahiran Sungai Buloh itu menyempurnakan 13 pusingan dengan catatan masa 17:45.950 saat dengan kelebihan 2.254 saat di depan Md Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) di tempat kedua (17:48.204 saat) sementara Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline di tempat ketiga dengan masa 17:48.248 saat.Kemenangan Norizman membolehkannya merampas kedudukan selaku pendahulu dengan kutipan 146 mata, kelebihan satu mata ke atas Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju Motor) 145 mata diikuti Hafizh di tempat ketiga dengan 144 mata. Sementara Md Zamri Baba yang berada di tangga kedudukan keempat dengan 127 mata turut berpeluang mencabar mahkota juara.Dalam perebutan Anugerah Berpasukan, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline masih di depan dengan kutipan 236 mata diikuti PETRONAS Sprinta Yamaha AHM (227 mata) sementara Shell Advance Yamaha Maju Motor di tempat ketiga dengan 196 mata. Sementara itu, hasrat pendahulu keseluruhan kategori CP115, Md Ramdan Md Rosli untuk meraikan kemenangan lebih awal tidak kesampaian apabila dia sekadar menduduki tempat ketiga perlumbaan akhir CP115.Sebaliknya, Md Rozaiman Md Said (Motul Yamaha YY Pang) terus memberi tekanan ke atas pendahulu itu selepas berjaya memintas di saat-saat akhir rakan sepasukan Ramdan, Shahril Izzuwan Mohd Noor dengan catatan masa 15:26.884 saat disusuli Shahril (15:26.922 saat) sementara Ramdan di tempat ketiga dengan mas 15:26.962 saat.Pusingan penutup tirai akan berlangsung di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada Disember 4 dan 5.