suria

Sukan Asia: Wanita Negara Cipta Sejarah Layak Ke Separuh Akhir

GUANGZHOU: Malaysia layak ke separuh akhir acara bola tampar pantai wanita pada Sukan Asia ke-16 selepas menewaskan pasangan Jepun pada perlawanan suku akhir di sini, Ahad.

Gandingan negara Luk Teck Hua dan Beh Shun Ting menampilkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pasangan Satoko Urata/Takemi Nishibori 21-15, 29-27.

Pasangan negara itu akan menentang pasukan China 'B' yang terdiri daripada We Penggen dan Xu Lingyin pada saingan separuh akhir esok.

Jurulatih negara Lim Poh Hong berkata beliau yakin anak buahnya dapat mengatasi pasukan tuan rumah itu selepas mencapai kemenangan 2-1 ke atas lawannya itu pada perlawanan peringkat kumpulan.

"Layak ke separuh akhir merupakan rekod bagi kita selepas menduduki tempat ketujuh pada temasya lepas di Doha, Qatar, pada 2006," katanya.

Luk, yang berganding dengan Beh sejak 2007, berkata mereka melihat dua klip video mengenai permainan pasangan Jepun itu dan dapat memahami kelemahan mereka.

"Sebab itu kita melakukan serangan ke atas Nishibori," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Sunderland, Everton Seri 2-2

Artikel Lain