suria

Bale Calon Penerima Anugerah FIFPro World XI 2010

PRESTASI menakjubkan pemain sayap Tottenham Hotspur, Gareth Bale (gambar) membolehkan beliau disenarai pendek dalam calon penerima anugerah FIFPro World XI 2010.

Bale adalah salah seorang daripada 17 pemain Liga Perdana Inggeris yang dipilih daripada senarai 55 pemain termasuk beberapa pemain yang beraksi bersama kelab Eropah.

FIFPro adalah kesatuan pemain bola sepak dunia dengan lebih 50,000 pemain profesional sedia ada memilih empat pemain pertahanan terbaik, tiga pemain tengah, tiga penyerang dan satu penjaga gol dalam tempoh setahun yang lalu.

Senarai pendek itu menyaksikan 10 pemain kebangsaan Sepanyol, sembilan dari Brazil, lapan Argentina dan enam dari England.

Jerman yang menyekat kemaraan England pada aksi separuh akhir Piala Dunia, Jun lalu mempunyai empat calon dalam senarai pendek manakala Belanda hanya diwakili tiga pemain begitu juga Itali.

Pemain terbaik dunia 2008, Cristiano Ronaldo adalah salah seorang daripada dua calon dari Portugal manakala Patrice Evra hanya wakil tunggal untuk Perancis.

Bale, satu-satunya pemain Wales yang dicalonkan selepas mempamerkan aksi mantap bersama Spurs musim ini.

Artikel Lain