suria

Hafizh syahrin Muncul Juara Paling Muda Dalam Kelas CP130 Cub Prix

Hafizh Syahrin Abdullah (tengah)meraih kejuaraan berganda apabila memenangi perlumbaan terakhir siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2010 di Padang Kota Lama, di sini, Ahad.
Hafizh Syahrin Abdullah (tengah)meraih kejuaraan berganda apabila memenangi perlumbaan terakhir siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2010 di Padang Kota Lama, di sini, Ahad.
Hafizh Syahrin Abdullah (tengah)meraih kejuaraan berganda apabila memenangi perlumbaan terakhir siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2010 di Padang Kota Lama, di sini, Ahad.

GEORGE TOWN: Pelumba muda Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan berganda apabila memenangi perlumbaan terakhir siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2010 di Padang Kota Lama, di sini, Ahad.

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Raceline berusia 16 tahun itu turut dinobatkan juara keseluruhan kategori CP130 apabila mengumpul 169 mata selepas saingan perlumbaan ke-10 musim ini berakhir di sini.

Hafizh Syahrin, yang muncul juara paling muda dalam kategori itu, memulakan cabaran 15 pusingan itu di petak utama dan berentap dengan pencabar terdekat Md Zamri Baba dari pasukan Petronas Yamaha AHM sebelum mencatatkan masa 12 minit 03.848 saat.

"Saingan di peringkat awal memang sengit tetapi akhirnya berjaya meninggalkan lawan pada pusingan tiga dan empat," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan dua hari itu di sini.

Katanya perlumbaan kali ini juga akan dijadikan sebagai salah satu latihan selain persiapan fizikal lain bagi menghadapi saingan musim depan.

Md Zamri, yang menjadi naib juara dengan catatan masa 12:06.810s, sedikit terkilan kerana gagal meraih kejuaraan dan berjanji akan berusaha gigih pada musim depan. Beliau menyandang tempat keempat keseluruhan.

Tempat ketiga pula disandang oleh pelumba Harian Metro SCK Honda Racing, Norizman Ismail dengan masa 12:07.659s, sekaligus muncul naib juara keseluruhan dengan 162 mata.

Sementara itu, dalam kelas CP115, seorang lagi pelumba muda, Mohd Ramdan Mohd Rosli, 14, dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha AHM, muncul juara keseluruhan dengan 187 mata selepas memenangi perlumbaan dengan catatan masa 9:50.633s.

Mohd Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang) meraih tempat kedua keseluruhan dengan mengumpul 160 mata selepas menamatkan perlumbaan 12 pusingan itu dengan masa 9:53.334s di tempat kedua.

Pelumba pasukan Yamaha Zar & HTM Motorsports Racing, Mohd Rozaliman Zakaria menduduki tempat ketiga dengan masa 9:59.973s.

Dalam acara kelas Wira, Mohd Adib Rosley dari pasukan Motul Yamaha YY Pang muncul juara keseluruhan musim ini dengan mengumpul 186 mata apabila menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 8:30.118s.

Bagaimanapun, rakan sepasukan Mohd Azhar Abdul Jalil menungguli perlumbaan 10 pusingan itu dengan catatan masa 8:29.864s, sekaligus menyandang kedudukan naib juara musim ini dengan mengumpul 158 mata.-BERNAMA

Artikel Lain