suria

West Ham Gagal Ulangi Rentak Kemenangan

Henderson (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.
Henderson (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.
Henderson (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.

PEMAIN tengah England, Jordan Henderson menjaringkan gol tunggal ketika Sunderland menewaskan West Ham 1-0 dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium of Light.

Gol Henderson hadir pada minit ke-34 sekali gus melonjakkan Sunderland ke kedudukan ketujuh manakala West Ham kembali menduduki tangga tercorot liga.

Persembahan terdahulu The Hammers diberi pujian selepas membelasah Manchester United 4-0 dalam saingan Piala Carling. Namun pasukan itu gagal mengekalkan momentum pada pertemuan kali ini.

Sunderland dilihat berusaha untuk menguasai bola sepenuhnya tetapi gagal memecahkan kebuntuan ketika berada di dalam kotak penalti.

Percubaan Darren Bent dari jarak jauh tersasar manakala penjaga gol England, Robert Green berjaya menepis rembatan Lee Cattermole.

Di awal permainan, Sunderland masih tercari-cari rentak permainan sebelum Henderson menjaringkan gol pertama musim ini untuk meletakkan pasukan itu didepan sehingga perlawanan tamat.

BARISAN PEMAIN

SUNDERLAND: Gordon, Onuoha, Mensah, Ferdinand, Bardsley, Henderson, Cattermole, Richardson, Welbeck, Bent, Gyan. (Pemain gantian: Mignolet, Zenden, Malbranque, Angeleri, Da Silva, Riveros, Elmohamady)

WEST HAM: Green, Gabbidon, Tomkins, Upson, Ben-Haim, Dyer, Parker, Spector, Boa Morte, Obinna, Cole. (Pemain gantian: Reid, Barrera, Kovac, Faubert, Hines, Spence, Piquionne)

Artikel Lain