Walcott menjaringkan gol kedua Arsenal.ARSENAL menempah tiket ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Partizan Belgrade 3-1 di Stadium Emirates.Robin van Persie, Theo Walcott dan Samir Nasri masing-masing menjaringkan gol tetapi Shakhtar Donetsk berjaya menewaskan Braga menyebabkan The Gunners sekadar menduduki tempat kedua Kumpulan H. Arsenal sepatutnya berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati lebih awal selepas menjaringkan 14 gol dalam tiga kemenangan terdahulu tetapi kekalahan ke atas Shakhtar Donetsk dan Braga menjejaskan peluang anak buah Arsene Wenger.Rembatan Cleo pada minit ke-52 berjaya membatalkan penalti yang dijaringkan Robin van Persie sekali gus mencetuskan kebimbangan di Emirates.Namun pemain gantian, Walcott meletakkan pasukan tuan rumah didepan ketika perlawanan berbaki 17 minit sebelum Nasri melengkapkan gol kemenangan.Arsenal sentiasa mensia-siakan peluang pada saat akhir walaupun mereka mendahulu di awal permainan. Bagaimanapun mereka berjaya melayakkan diri ke kelompok 16 pasukan terbaik buat kali ke-11.The Gunners memecah kebuntuan selepas minit ke-30 apabila Van Persie dijatuhkan oleh Marko Jovanovic dalam kotak penalti.Partizan yang sudahpun tersingkir selepas tewas lima perlawanan peringkat kumpulan gagal memberikan persembahan menakjubkan dalam keadaan suhu sejuk yang semakin meningkat di Utara London.BARISAN PEMAINArsenal: Fabianski, Sagna, Squillaci, Koscielny, Gibbs, Nasri, Song, Denilson, Arshavin, van Persie, Chamakh. (Pemain gantian: Szczesny, Rosicky, Vela, Walcott, Wilshere, Eboue, Bendtner)Partizan Belgrade: Stojkovic, Krstajic, Jovanovic, Medo, Lazevski, Savic, Sasa Ilic, Petrovic, Babovic, Moreira, Cleo. (Pemain gantian: Radisa Ilic, Stankovic, Brasanac, Davidov, Kizito, Iliev, Smiljanic)