LANGKAWI: Syed Agil Syed Naguib dari Negeri Sembillan menjuarai acara perseorangan bawah 16 tahun Kejohanan Tenis Geopark Remaja Antarabangsa Langkawi di sini Isnin.Beliau menewaskan rakan sepasukan, Mohd Faeez Said 6-3 dan 6-3. Syed Agil, 16, yang menjuarai bawah 16 tahun Perlis beberapa hari lepas mengambil masa dua jam untuk untuk menundukkan lawannya di gelanggang Kompleks Sukan Langkawi.Katanya latihan bersama skuad remaja Malaysia di Perancis selama tiga bulan baru-baru ini telah membantu permainannya dalam kejohanan di sini.Dalam kategori bawah 14 tahun, juara remaja kebangsaan, Ahmad Faiz Shamsudin (Negeri Sembilan) terpaksa akur apabila kalah kepada pemain Filipina, Joachim Samson 2-6 dan 4-6.Bagi kategori wanita bawah 16 tahun, pemain Pahang Nur Eliza Khairul mendapat kemenangan percuma dari pemain Perlis Nor Eliyana Azman.Pemain Thailand, Kunsuwan Natthassit dan Alexie Santos dari Filipina pula masing-masing menjuarai kategori bawah 10 tahun bagi acara perseorangan lelaki dan wanita.Kunsuwan mengalahkan Arthur Pantino (Filipina) 6-3 dan 6-2 manakala Alexie mengalahkan Uma Nayar (Selangor) 6-0 dan 6-0.Sementara itu jurucakap penganjur, Md Noor Ahmad berkata semua perlawanan bergu yang dijadualkan Isnin dibatalkan kerana cuaca tidak mengizinkan.Lebih 200 pemain dari Rusia, Korea Selatan, Afrika Selatan, Sri Lanka, Singapura, Thailand, Filipina, Kazakhstan, Turkmenistan, Tajikistan, Kyrgzistan, Uzbekistan dan Malaysia menyertai kejohanan yang akan berakhir, Selasa.Keputusan penuh: Perseorangan lelaki bawah 16 tahun: Syed Agil Syed Naguib (Negeri Sembilan) mn Mohd Faeez Said (Negeri Sembilan) 6-3, 6-3.Bawah 14 tahun lelaki: Joachim Samson (Filipina) mn Ahmad Faiz Shamsudin (Negeri Sembilan) 6-2, 6-4.Bawah 10 tahun lelaki: Kunsuwan Natthassit (Thailand) mn Arthur Pantino (Filipina) 6-3, 6-2.Perseorangan wanita bawah 16 tahun: Nur Eliza Khairul (Pahang) menang percuma ke atas Nor Eliyana Azman (Perlis).Bawah 10 tahun wanita: Alexie Santos (Filipina) mn Uma Nayar (Selangor) 6-0, 6-0.- BERNAMA