SKUAD bola sepak Malaysia, menempah tiket ke final Piala Suzuki AFF apabila menang secara agregat 2-0 ke atas Vietnam pada perlawanan separuh akhir kedua di Hanoi, Sabtu.Malaysia kali terakhir layak ke final pada tahun 1996 menentang Thailand. Setelah 14 tahun berlalu, skuad kendalian K.Rajagobal ini bangkit membuktikan semangat juang yang tinggi biarpun diserang bertubi-tubi oleh pasukan kendalian Henrique Calisto.Pujian harus diberikan kepada benteng pertahanan Malaysia yang sukar ditembusi pasukan tuan rumah walaupun kerap melakukan serangan hingga ke kawasan penalti.Sementara itu, penjaga gol muda negara, Khairul Fahmi Che Mat beraksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa cubaan bahaya oleh pasukan juara 2008 itu.Permainan tamat dengan keputusan tanpa jaringan sekali gus dua gol jaringan Safee Ali pada pusingan pertama di Bukit jalil Rabu lalu melayakkan skuad Malaysia ke final.Malaysia bakal menanti pasukan Indonesia atau Filipina beraksi di final.Pasukan Indonesia/Filipina bakal beraksi pada pusingan kedua separuh akhir di Jakarta Ahad. MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Sabre Mat Abu, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Amar Rohidan, Safiq Rahim, S. Kunanlan, Mohd Amirulhadi Zainal (Mohamad Ashari), Norshahrul Idlan Talaha (Mohd Amri Yahyah), Mohd Safee Mohd Sali.VIETNAM: Bui Tan Truong, Nguyen Huy Hoang, Le Phuoc Tu, Tran Dinh Dong, Vu Nhu Thanh, Nguyen Minh Phuong (Nguyen Manh Dung), Van Tai Yeu (Le Tan Tai) , Nguyen Vu Phong, Phan Thanh Hung, Pham Thanh Luong, Nguyen Anh Duc.