Fabregas meraikan jaringannya bersama Walcott.LONDON: Arsenal menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit untuk menewaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Chelsea 3-1 dalam merapatkan jurang mata dengan pendahulu, Manchester United.Alex Song, Cesc Fabregas dan Theo Walcott menjaringkan gol untuk Arsenal yang kali terakhir menewaskan Chelsea pada November 2008. Walaupun Branislav Ivanovic menanduk masuk sepakan percuma penyerang Didier Drogba pada minit ke-57, Chelsea gagal menemui sentuhan berbisa untuk menyekat kemaraan pasukan tuan rumah."Kami sentiasa memberi tekanan kepada Chelsea. Tiada sedikitpun ruang diberikan kepada mereka. Segalanya berjalan dengan lancar. Kami mempamerkan persembahan menarik dan melakukan ia khas untuk peminat," kata Walcott.The Gunners akan bertemu Wigan pada Rabu dengan ketinggalan dua mata di belakang United untuk menduduki tempat kedua manakala Chelsea berada di tempat keempat."Kemenangan ini memberi impak berganda buat pasukan. Ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada United kerana kami semakin menghampiri mereka," kata Pengurus Arsenal, Arsene Wenger.Kejayaan itu menamatkan kekecewaan ketika bertemu Chelsea di mana kali terakhir Arsenal menjulang trofi EPL pada 2004.Arsenal gagal menewaskan United dan Chelsea dalam 11 pertemuan sesama mereka dalam kesemua perlawanan.