ARSENAL selangkah untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama enam tahun selepas menundukkan Ipswich Town 3-0 pada saingan separuh akhir di Stadium Emirates sekaligus melangkah ke final dengan agregat kemenangan 3-1.
Meskipun benteng anak buah Paul Jewell sukar dirobohkan pada babak pertama, Nicklas Bendtner berjaya menjinakkan pasukan lawan dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-61.
Sejurus selepas itu, Arsenal terus mendahului dengan jaringan Laurent Koscielnya sebelum kapten The Gunners, Cesc Fabregas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77.
The Gunners akan bertemu sama ada Birmingham City atau West Ham United pada final di Wembley pada 27 Februari ini.
Ekoran kekalahan 0-1 di Portman Road pada pertemuan separuh akhir pertama, Fabregas menyamakan taktik permainan Ipswich seperti pasukan ragbi.