KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong mara ke pusingan akhir Kejohanan All England yang berlangsung di Birmingham, England.Juara bertahan Chong Wei menundukkan perseorangan China Chen Long 21-17, 21-13 pada perlawanan yang berlangsung awal pagi Ahad waktu Malaysia, menepati ramalan sebagai pilihan utama kejohanan badminton berprestij dunia itu. Manakala pasangan beregu nombor lima dunia, Koo/Tan melangkah ke akhir kejohanan buat kali kedua sejak 2007 setelah menundukkan regu China Cai Yun/Fu Haideng 21-11, 23-21.Chong Wei akan berdepan musuh tradisi yang juga perseorangan ketiga dunia Lin Dan dari China, manakala Koo/Tan pula akan bertemu beregu nombor satu dunia Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark. - BERNAMA