KUALA LUMPUR: Juara US Masters Charl Schwartzel dari Afrika Selatan terpaksa melawan rasa mengantuk pada pusingan pembukaan Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia di sini, Khamis.Pemain berusia 26 tahun itu hanya mampu mencatakan satu di atas par 73 pada pusingan pertama kejohanan itu di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, dekat sini. "Pada hakikatnya saya tidak tertidur di lapangan," katanya kepada pemberita selepas menamatkan saingan pusingan pertama. Katanya beliau tidak mendapat tidur yang secukupnya dan cuba berusaha keras untuk memberi tumpuan."Masa perbezaan di sini adalah 12 jam dan adalah elok sekiranya saya dapat tiba di sini sehari sebelum saingan," kata Schwartzel, yang mengharungi perjalanan 25 jam di atas penerbangan dari Augusta, Georgia, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur.Pusingan pembukaan didahului oleh pemain Sweden Alexander Noren dengan lapan di bawah par 64.Bagaimanapun, saingan pusingan pertama terpaksa ditangguh pada pukul 7.05 malam kerana kilat dan baki 12 pemain akan meneruskan permainan pada pukul 8.30 pagi Jumaat.-BERNAMA