suria

Tevez Akan Beraksi Pada Final Piala FA: Mancini

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini penuh yakin bahawa Carlos Tevez akan kembali pulih menjelang perlawanan akhir Piala FA Inggeris pada 14 Mei ini.

Tevez terpaksa direhatkan pada perlawanan separuh akhir menentang Manchester United minggu lalu kerana mengalami kecederaan paha ketika beraksi menentang Liverpool sebelum ini.

Walaupun pasukan itu menjangkakan Tevez terpaksa direhatkan dalam empat perlawanan bermula Isnin ini menentang Blackpool, Mancini percaya Tevez akan kembali beraksi menentang Stoke City bulan depan.

“Saya harap Carlos akan kembali pulih dalam masa empat minggu lagi,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain