suria

Toure Digantung Perlawanan Enam Bulan

Kolo Toure
Kolo Toure
Kolo Toure

PEMAIN pertahanan Manchester City, Kolo Toure hanya akan kembali beraksi bersama rakan sepasukannya pada September ini selepas dikenakan hukuman gantung perlawanan selama enam bulan akibat penyalahgunaan dadah.

Hukuman itu diubah kepada 2 Mac tahun ini apabila penggantungan sementara bermula selepas dia disahkan positif dadah.

"Pemain pertahanan Manchester City, Kolo Toure pada Jumaat digantung perlawanan selepas Suruhanjaya Bebas mendengar kes itu di Wembley," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan FA.

Toure juga akan menjalani ujian pemeriksaan dadah selama dua tahun bermula dari semalam (Khamis.)

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu mengaku bersalah kerana mengambil produk pelangsingan badan milik isterinya tanpa memeriksa bahan yang terkandung dalam produk itu.

Menurut FA, Toure bebas daripada hukuman lebih berat kerana dia tidak mempunyai sebarang rekod disiplin buruk dan mengakui kesalahannya.

"Toure mengakui kesalahannya dan kami bersetuju dengan pengakuan itu," kata seorang pegawai FA.

Bagaimanapun, Toure menganggap hukuman itu sebagai tempoh merumitkan dan dia sedih kerana tidak bersama pasukan mengisi slot ke kejuaraan Eropah dan menjuarai Piala FA di Wembley.

Artikel Berikut

Artikel Lain