PETALING JAYA: Pasukan pilihan dunia (ROW) mengalahkan pilihan Malaysia 3-2 pada saingan Piala Canon 2011 sempena Kejohanan Boling Terbuka Malaysia di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway, di sini, Ahad.Pasukan ROW, yang dibarisi pemain China, Wang Zhi Young, Khalid Al Dubyyan (Kuwait), Lara Posadas (Filipina) dan pemain Amerika Syarikat, Kelly Kulick, membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000. Pilihan Malaysia yang diwakili Muhammad Nur Aiman Muhammad Khairudin, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Sin Lin Jane dan Chong Jun Foo menerima RM15,000.Pertandingan tersebut merupakan acara persahabatan sempena kejohanan itu yang berakhir Ahad. - BERNAMA