MARTIN Jol (gambar)sah dilantik sebagai pengurus baru Fulham dengan kontrak selama dua tahun serta diberi pilihan untuk meneruskan kontrak itu kelak.Fulham akhirnya berjaya mendapatkan khidmat Jol selepas percubaan tahun lalu tidak berjaya sekali gus mengisi kekosongan kerusi pengurus yang ditinggalkan Mark Hughes sebelum ini. “Saya mengucapkan selamat datang kepada Jol. Dia sememangnya faham selok belok kelab ini dan percaya terhadap apa yang kami usahakan. Saya yakin dia juga akan memberi yang terbaik untuk kelab ini.“Saya juga gembira dengan pencapaian skuad dalam tempoh tiga tahun ini, dan harapan saya agar kelab ini akan terus melaui perjalanan yang baik memandangkan dia seorang yang berpengalaman luas,” jelas pengerusi Fulham, Mohamed Al Fayed.Sementara itu Jol berkata, dia gembira menyertai Fulham berdasarkan tradisi kelab yang kuat serta mempunyai penyokong-penyokong yang setia.“Saya teruja menyertai keluarga Fulham dan terima kasih kepada presiden yang menaruh kepercayaan kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan.Pengurus kelahiran Belanda ini pernah membawa Spurs berada di tangga kelima EPL pada tahun 2004 dan 2007, namun dipecat selepas prestasi buruk pasukan itu pada awal musim 2006/07.Dia juga pernah menguruskan kelab Jerman, Hamburg (2008) dan Ajax.