JONATHAN Woodgate - bekas pemain pertahanan Real Madrid dan juga England yang sentiasa dirundung nasib malang akibat kecederaan demi kecederaan - kini dibebaskan sebagai pemain Tottenham Hotspurs.Woodgate adalah sebahagian daripada 123 nama yang dikemukakan oleh pelbagai kelab dalam liga perdana kepada Persatuan Bolasepak Inggeris dan pengurusan liga sebagai pemain bebas. Lain-lain pemain popular yang tersenarai termasuklah pemain pertahanan England dan West Ham, Matthew Upson dan veteran Patrick Vieira, dari Manchester City.Ini bermakna mereka kini adalah pemain profesional tanpa kelab.Kepada Woodgate sendiri, perkembangan terbaru ini seolah-olah petanda berakhirnya karier beliau sebagai seorang pemain bolasepak yang suatu ketika dahulu dipandang tinggi sebagai pemain berkaliber malah oleh gergasi seperti Real Madrid sendiri.Sepanjang kariernya bersama Spurs, Woodgate yang kini berusia 31 tahun hanya sempat bermain satu perlawanan liga sahaja musim lalu. Selain Spurs dan Real Madrid, Woodgate juga pernah bermain untuk Leeds United, Boro dan Newcastle United.Kecederaan yang tidak pernah pulih yang dialaminya akan membuatkan kelab-kelab lain berfikir dua kali sebelum memperolehi tanda tangannya.Dua lagi pemain ternama yang kini tanpa kelab ialah bekas pemain pertahanan England dan Arsenal, Sol Campbell dan pemain tengah Man Utd, Owen Hargreaves.Hargreaves hanya mampu membuat penampilan selama empat minit sahaja musim lepas setelah hampir dua musim dibelenggu kecederaan yang serius ke atas kedua-dua lututnya.Dia telah dihantar ke Amerika oleh United untuk menjalani rawatan khas tetapi masih gagal pulih sepenuhnya. Bekas pemain Bayern Munich dan England itu sepertimana Woodgate adalah pemain berbakat yang paling malang dalam sejarah moden bolasepak Inggeris.Dalam kes Vieira, pula walaupun sebagai pemain, beliau masih belum ditawarkan kontrak baru untuk musim depan tetapi ada kemungkinan Pengurus Man City, Roberto Mancini akan menawarkan kontrak baru selama semusim lagi atau diberi peranan baru sebagai anggota kejurulatihan bersama skuad utama kerana dia sangat dipandang tinggi oleh pemain-pemain lain di City.Namun, walaupun telah mencecah usia 34 tahun, tetapi Vieira diketahui masih mahu bermain dan belum bersedia melibatkan diri dalam dunia kejurulatihan. Dia juga telah menerima tawaran untuk bermain di Amerika Syarikat dan Qatar.Tidak sepertimana pemain tua yang lain, kondisi kesihatan Vieira adalah baik cuma dia tidak berpeluang untuk turun bermain disebabkan kemunculan begitu ramai bintang dalam skuad Man City buat masa ini.Dalam pada itu, kelab yang disingkirkan dari liga perdana seperti Birmingham City terpaksa mengurangkan kos dan bebanan membayar gaji yang tinggi dengan keputusan untuk tidak menawarkan kontrak baru kepada 12 pemain mereka - yang tertinggi untuk mana-mana kelab musim ini.Antara pemain mereka yang dibebaskan termasuklah nama-nama popular seperti Sebastian Larsson dan Lee Bowyer.Ini diikuti oleh sebuah lagi kelab yang diturunkan liga iaitu Blackpool yang membebaskan 11 pemain dan West Ham lapan pemain.Berikut adalah senarai penuh pemain profesional Liga Perdana Inggeris yang telah dibebaskan oleh kelab masing-masing dan kini merupakan pemain tanpa kelab:ArsenalThomas Cruise, Roarie Deacon, Mark Randall.Aston VillaDurrell Berry, John Carew, Ellis Deeney, Calum Flanagan, Harry Forrester, Arsenio Halfhuid, Isaiah Osbourne, Robert Pires, Nigel Reo-Coker, Moustapha Salifou.Birmingham CityMarcus Bent, Lee Bowyer, Sebastian Larsson, James McFadden, Mitchell McPike, James O'Shea, Stuart Parnaby, Kevin Phillips, Daniel Preston, Luke Rowe, Robin Shroot, Maik Taylor.Blackburn RoversJordan Bowen, Jason Brown, Zurab Khizanishvili, Benjani Mwaruwari, Michael Potts, Maceo Rigters.Blackpool David Carney, Daniel Coid, Ishmel Demontagnac, Rob Edwards, Jason Euell, Marlon Harewood, Richard Kingson, Malaury Martin, Paul Rachubka, Andy Reid, Salaheddine Sbai.Bolton WanderersTamir Cohen, Johan Elmander, Ricardo Gardner, Joey O'Brien, Jlloyd Samuel, Samuel Sheridan.ChelseaSamuel Hutchinson, Carl Magnay, Danny Philliskirk, Jan Sebek, Michael Woods.EvertonKieran Agard, Hope Akpan, Nathan Craig, Gerard Kinsella, Lee McArdle, Iain Turner.FulhamZoltan Gera, Edward Johnson, Diomansy Kamara, John Pantsil, Matthew Saunders.LiverpoolJason Banton, Deale Chamberlain, Douglas Cooper, Sean Highdale, Steven Irwin, Nikola Saric.Manchester City Javier Garrido, Scott Kay, James Poole, Shaleum Logan, Andrew Tutte, Javan Vidal, Patrick Vieira, James Wood.Manchester UnitedConor Devlin, Owen Hargreaves, Gary Neville, Paul Scholes, Edwin van der Sar.Newcastle UnitedSol Campbell, Shefki Kuqi, Patrick McLaughlin.Stoke CityAbdoulaye Faye, Eidur Gudjohnsen, Ibrahima Sonko.SunderlandMichael Kay, Nathan Luscombe, Daniel Madden, Robert Weir, Nathan Wilson, Mvoto Jean-Yves, Bolo Zenden.Tottenham HotspurJonathan Woodgate.West Bromwich AlbionGiles Barnes, Marcus Haber, Dean Kiely, Abdoulaye Méîté.West Ham UnitedAnthony Edgar, Holmar Eyjolfsson, Daniel Gabbidon, Lars Jacobsen, Filip Modelski, Jonathan Spector, Adam Street, Matthew Upson.Wigan AthleticSteven Caldwell, Daniel De Ridder, Joseph Holt, Jason Koumas, Thomas Lambert, Thomas Oakes, Francis Pollitt, Abian Serrano Davila.Wolverhampton Wanderers Adriano Basso, Jody Craddock, John Dunleavy, Marcus Hahnemann, David Jones, Nathan Rooney