suria

Cabaran Perahu Layar Antarabangsa Borneo Bermula Di Miri

MIRI: Edisi kelapan Cabaran Kapal Layar Antarabangsa Borneo (BIYC) bermula pada Ahad dengan 38 pasukan dari 13 negara menyertai perlumbaan peringkat Perlumbaan Pelabuhan Miri di Marina Bay di sini.

Menteri Muda Sukan Sarawak Datuk Lee Kim Shin merasmikan perlumbaan itu yang disertai pelayar dari Australia, Austria, Antigua, Kanada, Perancis, Jerman, Malaysia, New Zealand, Filipina, Afrika Selatan, Switzerland, United Kingdom dan Amerika.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Lee, yang juga pengerusi bersama BIYC, berkata perlumbaan sejauh 165 batu nautika dari Miri ke Kota Kinabalu itu menjadi acara kemuncak perlumbaan kali ini.

"Ini kali pertama kami menganjurkan perlumbaan secara terus dari Miri ke Kota Kinabalu, yang merupakan jarak perlumbaan paling jauh di rantau ini," katanya.

BIYC, yang mula dianjurkan pada 2003, bertujuan menjadikan perlumbaan itu acara tahunan dalam kalendar pelancongan dan mempromosikan kawasan perairan barat Borneo dan kawasan daratannya sebagai produk pelancongan di samping menggalakkan penduduk tempatan menjadikan kegiatan pelayaran sebagai sukan untuk tujuan reaksi dan pertandingan.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain